Friday, January 8, 2010

Mari Belajar ABC

Pagi yang tenang. Aku pergi kedai Wak Kemat yang popular amat bukan sahaja di kampung, tapi seantero bandaraya Segamat untuk beli sarapan. Bingong. Tengok kampung aku penuh sesak dengan kereta-kereta lalu-lalang. Pelik sungguh kejadian ini. Aku siasat. Mata perhati kiri-kanan utara-selatan. Terjawab sudah. Rupanya budak-budak baru daftar Tahun 1 kat sekolah.

Gelagat. Budak-budak zaman sekarang. Pergi sekolah naik kereta. Ada supir. Baju canggih. Telefon bimbit alat mainan. Bawa beg terkini. Adidas, Nike, Puma dan lain-lain.

Teringat kisah lama. Siap sedia buku untuk masuk dalam beg pada malam hari. Buku banyak tak ingat. Kecil-kecil disuruh belajar bina badan ketul-ketul. Pergi sekolah mengayuh keringat pada basikal. Bawa laju-laju takut sampai lewat. Kalau lambat nanti pengawas catit dalam buku kecil comel molek untuk kasi pada guru disiplin. Ada juga yang kena tahan kat luar sebab pintu pagar kena kunci. Aku penah kena. Siot sungguh pengawas kerek bajet hot. Tapi masa aku Tahun 4 dapat juga jadi pengawas tidak kerek seperti pengawas kerek-kerek lain. Dah boleh komplot kalau sampai lambat. Guna kuasa sepenuhnya. Ahah

Waktu belajar. Sampai di kelas. Cikgu masuk. Semua berdiri beri salam pada cikgu. Cikgu masuk kelas jalan penuh bangga hidung kembang-kempis lagak artis di karpet merah. Rotan dibawa sana sini sama untuk tunjuk belang tarung masing-masing. Cikgu keluar arahan. Murid-murid, hari ini kita belajar ABC. Girang gembira belajar ABC. Tapi paling gembira kalau cikgu tak masuk kelas. Arahan bertukar. Murid-murid, mari kita main pemadam. Permainan penuh cabaran dan memerlukan kemahiran yang perlu digilap kilat-kilat. Pemain hanya perlu ada pemadam negara. Kos 20 sen. Budak zaman sekarang. permainan popular. PS3, XBOX dan PSP. Kos > RM700.

Waktu rehat. Bawak bekal dari rumah. Duduk ramai-ramai kongsi makanan dengan rakan-rakan. Nasib malang jika rakan-rakan juga bawa nasi goreng. Nasib baik jika rakan-rakan bawa nasi goreng ada daging burger. Sharing is caring. Lepas makan kena gosok gigi. Ubat gigi ada perasa. Perngai pelik lepas gosok gigi. Ketuk-ketk bekas gosok gigi untuk membuat alunan musik. Tapi tidak berjaya. Budak zaman sekarang. Makan di kantin. Wang saku pasti RM2 ke atas. Siot benar!

Waktu pulang. Cikgu suruh beratur. Jalan ikut kelas. Cikgu disiplin takut berlaku kesesakan yang luar biasa dalam sekolah. Aku tidak mengerti kenapa aku ikut sahaja. Laju-laju pergi amik basikal bawak laju-laju lumba-lumba sama rakan-rakan untuk sampai umah. Siapa bawa basikal BMX boleh menang. Tapi basikal ada bakul juga tunjuk belang. Ubah suai letak speed kasi laju.

Waktu tambahan. Belajar cintan-cintun kasi surat pada murid permpuan yang digilai serta dipuja. Gosip sana sini kat orang itu kita punya. Cinta monyet atau beruk kat belakang rumah. Tulis surat guna pen warna-warni untuk ceria. Sungguh manis. Nasib baik aku tidak pernah buat. Budak zaman sekarang. Guna SMS sahaja untuk mengurat. Tiada seni penulisan ayat-ayat cinta dewa dewi.

Subjek kegemaran. PJ. Bukan Petaling Jaya. Tapi Pendidikan Jasmani. Gembira main bola sepak kat padang penuh kemuncup sana-sini. Balik rumah kena cabut kemuncup yang lekat kat seluar. Jenuh. Tapi kalau dapat cikgu yang tidak mengerti erti nafsu budak-budak, kena main gelung rotan untuk golek-golek kat pinggang. Sangat tertekan.

Tapi ada satu persamaan budak-budak zaman aku dengan budak-budak zaman sekarang. Nangis-nangis hari pertama sekolah. Semua mahu balik. Padahal rumah kat belakang sekolah sahaja. Cikgu kena kunci pintu kelas takut budak lari laju-laju masa tengah khayal mengajar atau tidur dalam kelas. Mak bapak kena teman di sekolah pujuk rayu anak suruh belajar dalam kelas. Tapi ingat! Aku tidak sebegitu.



3 comments:

Rahsia Kurus Pikat Lelaki said...

ko kecik2 dlu suke korek idong dlm kelas kan??
pas tu ko sapu kat bwh laci meja..ish3

Anonymous said...

skrg pun jaja msih cmtu...

Kun said...

jaja skrg sgt hebat pes..haha