Wednesday, November 25, 2009

Jalan Seorang Diri

Revolusi. Liverpool dah tukar dari negeri orang-putih-putih jadi orang-putih-cakap-latin. Pengaruh seorang lakhanat ini memang kuat. Ya. Aku sedang bercerita tentang seorang lakhanat. Nama mangkuk ini Rafa. Memang hebat. Penuh muslihat. Pandai main taktik dan politik.

Aku ada tips dari Rafa untuk jadi pasukan bola sepak tendang kamu sangat hebat. Tips ini penuh makna. Guna telinga setan kamu untuk paham lebih.

1. Hantar semua pemain pasukan kamu ke sekolah orang-orang pekak. Belajar bahasa isyarat. Guna jari-jemari. Jangan tunjuk jari tengah kamu dekat orang pekak itu sudah. Itu politik kotor. Rafa suka arah pemain guna tunjuk-tuding jari. Pasti orang teruja. Pemain dalam padang pun guna jari mintak bola sana-sini. Ini dapat mengelirukan pihak lawan dan kawan. Pasti boleh jaringkan gol dan gol sendiri.

2. Jadi manager kena tenang. Kalau pasukan jaringkan gol, memadai tengok jam. Jangan lompat riang lari pecut keliling padang.

3. Minum air sirap pekat-pekat banyak-banyak. Rafa suka air sirap. Pipi merah. Bukan solek. Semulajadi sebab air sirap. Pihak lawan pasti tertarik pada kamu yang pipi merah. Ini boleh buat pihak lawan high.

4. Masa tingkap pindah buka, beli pemain mahal-mahal tak agak-agak. Jangan ragu. Pemain harga 20 juta pasti bergunakan untuk wasting time masa perlawanan genting. Rafa menggunakan taktik ini malam tadi masa lawan Debrecen. Rafa suruh Aquilani masuk ke padang pada minit ke 91. Penuh muslihat. Berbaloi. Pihak lawan dan penyokong akan memaki hamun sampai muntah. Anda pasti berasa bangga. Ya! Sangat bangga kerana dapat mengenakan mereka. Mereka stres!

5. Suruh pemain pandai berpura-pura lompat katak masa masuk dalam kotak penalti. Taktik yang amat hebat. Aku praktikkan. Lexh pemain super -duper bintang yang aku latih telah berjaya dapat penalti sebab dia lompat bintang dalam kotak penalti. Sudah pasti lexh bukan Con-Man.

Rafa ada kuasa. Boleh tahu masa depan. Ajaib. Dia tahu dia akan dipecat kerana amat hebat. Rafa ada cita-cita. Takhluk dunia. Ingin jadi penulis. Nama tajuk judul ialah How to Beat MANCHESTER UNITED for Dummies. Buku ini telah ditempah oleh orang-orang besar.Arsene Wenger, Carlo Ancelotti, Harry Redknapp antara nama dummies yang tersenarai.

Ucapan penghargaan untuk Rafa. Kamu amat bangang. Pergi jalan sorang-sorang.

Tuesday, November 24, 2009

Surat Lakhanat


Jejak kaki di PTSL. Kali ke tiga untuk karier aku. Tidak kira mesin di tepi tangga untuk keluar wang joli-moli sakan makan. Bukan mudah. Bukan sukar. Bara semangat. Aku tuntut. Jam gerak laju. Rasa tidak. Panas di kaki untuk 3 jam di PTSL. Fafa merayu untuk pulang, aku termakan pujukan. Fafa memang hebat main kata-kata.

Keluar pintu, aku dan Fafa jalan seiring. Turun tangga, sedetak. Mata terlihat kelibat motorsikal NAK tujuh-lapan-lapan-kosong parkir tengah-tengah dunia. Aku kata "Motor anak canselor kot". Fafa ingat kenangan silam. Naik motor peluk-peluk sambil jerit-jerit kecil ketakutan tunjuk wajah comel. Ahah Fafa pasti milik siapa motorsikal itu. Tentu sekali Khai.

Naik bukit. Perangai setan sudah diseru. Aku dan Fafa keluar alat buat senjata lawan setan. Senjata yang digelar surat lakhanat.

Khai dan Yatun sudah habis keringat belajar getar bebas. Jalan seiring tapi langkah lain. Khai jalan tunduk-tunduk bukan kerna malu tapi tak mahu menghina. Jika jalan tengok kiri-kanan tidak nampak kelibat. Yatun dibawah ceria gembira ketawa lompat riang. Sampai di motor Khai tersentak. Surat lakhanat ada di situ. Kaki mula gigil getar sebab resonan surat lakhanat. Khai ceria ubah Khai ketakutan. Bawa motor laju-laju sambil asap kepul pulang ke rumah. Yatun ditinggalkan.



Malam tiba PTSL jadi tempat berentap budak-budak mekanikal seperti di pustaka kejut. Fafa tiba. Yatun pun tiba. Fafa tanya kat yatun "Mana Khai?". Yatun balas "Khai takut sebab dapat surat lakhanat. Bawa motor sorang-sorang pasti ngeri". Fafa gelak. Ahahaha Aku kat bilik pun gelak juga.


Gambar bawah ini surat lakhanat kat motor Khai yang ditulis guna highlight.


p/s: Budak kelas seramik jangan buat benda-benda sebal. Ahaha

Monday, November 23, 2009

Kambing Hitam

Black sheep. Putih-putih kata. Hina sungguh gelaran itu. Tidak. Aku tidak bermaksud menghina sesiapa. Jika terasa, mungkin orang itu berkulit hitam. Bukan. Ofi jangan terasa. Kamu masih putih lagi. Ya. Masih lagi.

Kenapa tulis blog? Luah perasaan? Ofi memang bijak. Sungguh comel wajahnya. Tampan kiri-kanan. Blog tempat main. Mainan perasaan. Jiwa kacau. Geletek hati. Kenangan silam pasti rindu. Ofi kata " Aku buat blog untuk kawan-kawan. Aku sayang kawan. Kawan sayang aku". Aku bidas. "Kawan invite ke Ofi?". Ofi senyum. Nampak gigi putih. Seperti Evra. B*** no 2 dalam MU. Tapi kulit lain. Hutan mari. Ahaha

Ofi kata "Meh surat elektronik hang. Aku ajak nanti". Aku beri alamat surat elektronik aku. Tunggu. Memang seksa. Tiada jawapan. Tapi ada satu penyelesaian. Aku amat memahami Ofi. Dia memang sebegitu. Ya. Jika kita sebut nama S Subramaniam, Palanivel, Samy. Pasti anda faham. Ofi juga seperti itu. Main politik. Bijak berkata. Haram tidak ada apa-apa. Heh

Balik kepada kambing hitam. Muka ubah putih. Terus kena pulau. Kejam. Tapi apakan daya. Daya pemikiran kambing. Mahu faham lebih? Lihat video di bawah. Penuh maksud. Surat dan sirat.


Sunday, November 22, 2009

Akur Janji Part 2

Hot. Fafa memang hot. Dalam kelas seramik beliau lah paling hot. Diakui seluruh dunia. Ada kuasa ajaib. Boleh tukar Skyline jadi Iswara. Ahah Pelik bukan. Tapi itulah realiti Fafa.

Macam biasa masa kelas. Sambil tersengih-sengih garu-garu kepala. Fafa tanya aku "Petang ni free tak? Jd professional jom. Kita main Pes". Aku jawab dengan slumber sebab aku tahu masa depan. "Free.Datanglah".

Habis kelas aku bawa moto aku laju-laju tengok-tengok kiri-kanan-kiri. Takut kena potong dengan Skyline Putih. Tapi Fafa lagi laju. Mangkuk ini sampai dulu sambil sengih-sengih. Aku pun sengih-sengih jugak. Sebelum main, cakap bende sama. " Kenapa PES ni best?". 15 minit, itu mesti. Alasan Fafa. "Takut kau tak dapat kejar aku". Aku sengih lagi. Wisel bunyi. Telefon bimbit juga bunyi. Aku tertekan. Main. Mulut pun main peranan. Keluhan biasa. " Senang je kau rampas bola aku". Aku sengih kali ke 3. Alasan biasa. "Kau power, guna Torres. Cheat". Aku balas. " Ronney tu B*** sebab kulit dia sama". Fafa sengih.

Perlawanan masuk kali ke 3. Fafa garu-garu kepala. Tertekan. Dia buat akur janji. "Lepas ni aku tak nak main PES lagi". Berkeras lagi. "Aku serius".

Masuk hari ke 3 Fafa tak main PES. Masa kelas, Fafa jumpa aku. Sengih-sengih garu-garu malu-malu. Tapi kehendak hati mesti ditunaikan."Main PES jom". Aku gelak kuat. Ahahaha

ps. Kat bawah ini kereta Fafa. Buat tatapan.




Akur Janji

Maruah. Mahu dijaga, pasti susah. Apatah lagi apabila tercalar kerna perbuatan diri sendiri. Malu tapi mahu.

Akur janji seorang rakan aku, DK, bermula dari kejatuhan maruah di hadapan rakan-rakan lain. Aku bertandang ke bilik untuk menjaga maruahku. Maruah jantan dan keberanian. Di hadapan komputer rakanku , kami berentap sebagai seorang profesional. Menggunakan alat-alat yang professional. Kami ada semangat. Semangat untuk menjaga maruah. Tapi semangat juang aku lebih tinggi kerna aku menang. Tapi rakan aku tidak mengala begitu saja. Rakan aku no.2 jadi mangsa, Repo.

DK dan Repo. Repo dan DK. Masing-masing mengerah tenaga untuk menang. Repo hanya menghantar pasukan lemah dari negara jiran kita, Thailand. Dk mengerah pasukan Brazil bagi menebus maruah macam Torres K4 jatuh. DK mengeluarkan akur janjinya "Aku bersara main PES lagi kalau Thailand berjaya jaringkan gol".

Berentap. Jaring beralun. Aku kaget. Akur janji tetap akur janji. DK menjaga maruahnya dengan menjadi seorang lelaki gentle. Dk berhenti. Mengaku kalah.

2 hari selepas itu. Dk berkata "Jom main Pes".

Wednesday, November 18, 2009

Bliss

Bahagia. Nape main Pro Evolution Soccer boleh buat orang bahagia? Sebab orang professional saja yang mengerti.

Untuk DK, kamu memang hebat. Tapi kamu tetap boleh dikalahkan. (9-3)