Wednesday, November 25, 2009

Jalan Seorang Diri

Revolusi. Liverpool dah tukar dari negeri orang-putih-putih jadi orang-putih-cakap-latin. Pengaruh seorang lakhanat ini memang kuat. Ya. Aku sedang bercerita tentang seorang lakhanat. Nama mangkuk ini Rafa. Memang hebat. Penuh muslihat. Pandai main taktik dan politik.

Aku ada tips dari Rafa untuk jadi pasukan bola sepak tendang kamu sangat hebat. Tips ini penuh makna. Guna telinga setan kamu untuk paham lebih.

1. Hantar semua pemain pasukan kamu ke sekolah orang-orang pekak. Belajar bahasa isyarat. Guna jari-jemari. Jangan tunjuk jari tengah kamu dekat orang pekak itu sudah. Itu politik kotor. Rafa suka arah pemain guna tunjuk-tuding jari. Pasti orang teruja. Pemain dalam padang pun guna jari mintak bola sana-sini. Ini dapat mengelirukan pihak lawan dan kawan. Pasti boleh jaringkan gol dan gol sendiri.

2. Jadi manager kena tenang. Kalau pasukan jaringkan gol, memadai tengok jam. Jangan lompat riang lari pecut keliling padang.

3. Minum air sirap pekat-pekat banyak-banyak. Rafa suka air sirap. Pipi merah. Bukan solek. Semulajadi sebab air sirap. Pihak lawan pasti tertarik pada kamu yang pipi merah. Ini boleh buat pihak lawan high.

4. Masa tingkap pindah buka, beli pemain mahal-mahal tak agak-agak. Jangan ragu. Pemain harga 20 juta pasti bergunakan untuk wasting time masa perlawanan genting. Rafa menggunakan taktik ini malam tadi masa lawan Debrecen. Rafa suruh Aquilani masuk ke padang pada minit ke 91. Penuh muslihat. Berbaloi. Pihak lawan dan penyokong akan memaki hamun sampai muntah. Anda pasti berasa bangga. Ya! Sangat bangga kerana dapat mengenakan mereka. Mereka stres!

5. Suruh pemain pandai berpura-pura lompat katak masa masuk dalam kotak penalti. Taktik yang amat hebat. Aku praktikkan. Lexh pemain super -duper bintang yang aku latih telah berjaya dapat penalti sebab dia lompat bintang dalam kotak penalti. Sudah pasti lexh bukan Con-Man.

Rafa ada kuasa. Boleh tahu masa depan. Ajaib. Dia tahu dia akan dipecat kerana amat hebat. Rafa ada cita-cita. Takhluk dunia. Ingin jadi penulis. Nama tajuk judul ialah How to Beat MANCHESTER UNITED for Dummies. Buku ini telah ditempah oleh orang-orang besar.Arsene Wenger, Carlo Ancelotti, Harry Redknapp antara nama dummies yang tersenarai.

Ucapan penghargaan untuk Rafa. Kamu amat bangang. Pergi jalan sorang-sorang.

No comments: