Friday, December 4, 2009

Tiga Cerita

Cerita Pertama

Kacak. Gaya maskulin. Manis. Hadir penuh ceria. Muhibbah dipegang. Semua bangsa dicantas. India, Melayu dan Cina. Perangai India, kulit melayu dan rambut cina. Lengkap dalam dirinya. Ahaha Itulah Aril. Ya. Aril seorang pelajar JKMB. Semua orang jalan-jalan lalu-lalang akan terpaku melihat ketampanan Aril. Aril penuh daya. Tarikan dan terikan. Terikan liar pelajar perempuan. Sana-sini menyeru Aril. Dulu Ofi kini Aril. Aril Kumar A/L Solayan. AKSP.

Cerita Kedua

Shitdi nama glamor. Sipu malu-malu bila orang kata dia sangat tegap. Hakikat Shitdi. Perut di jaga. Nafas di tahan. Dulu beg galas tapi kini ulas durian. Six pack tetap diperut. Mantap. Sentuh nasi, jarang amat. Hebat menjadi penyerang. Tunggu depan gol. Pegang tiang. Pose bak model. Ingat orang ambil gambar. Bola tiba, bukan dikejar. Jika badan musuh tiba, diburu tak ingat. Jadi santapan. Body contact bak orang putih-putih kata. Orang hitam-hitam kata foul. Jerit-jerit kecil sayu panggil nama ref. Mana ada ref gila!

Cerita Ketiga

Siapa mahu kulit putih gebu-gebu lembut merah-merah? Aku ada petua. Aku bukan bomoh. Bukan juga nenek kebayan. MLM, tidak sama sekali. Aku hanya orang bijak pandai kata-kata tapi tidak bijak praktik-praktikal. Tapi petau aku mujarab. Ya! Pasti mujarab. Sama seperti mujarab jus Lu Slim La Beb. Fafa kata. Mahu tahu? Minum soya tiap-tiap hari sampai perut kembang-kempis-kembang semula. Pasti anda jadi gebu-gebu merah-merah putih macam Stoya. Menarik bukan? Tidak. Bukan Stoya yang menarik. Tapi petua aku. Ahah

No comments: