Friday, December 18, 2009

Usahawan

DK seorang usahawan berjaya. Baru-baru ini kelihatan DK semakin berjaya dan berjaya. Beliau merupakan seorang penjual karpet yang terkenal di seluruh tanah air. Karpet beliau laris sekali seperti larisnya pisang goreng panas dalam kuali penuh minyak. Macam mana aku tahu DK semakin laris? Lihat saja kepalanya. Rambut karpet sudah hilang. Laris bukan?

Tuesday, December 15, 2009

Cerita Angker

Takut. Gigil-gigil bila dengar cerita hantu. Jerit- jerit kalau tengok filem yang banyak solek-solek kat muka. Ada darah. Gigi terabur. Muka hitam-hitam tapi kain putih-putih. Rambut panjang kaki tiada. Tangan potong tapi boleh ketuk pintu. Sangat ngeri!

Aku ada kawan. Cerita hantu kat aku. Dia cakap hantu itu kecil-kecil hitam-hitam. Aku tanya hantu itukah duduk kat K5 Amin? Dia jawab tidak. Memang ngeri. Tapi aku ketawa. Rakan aku bangsa cina. Nama dia Loh S. Chong. Aku tanya dia orang cina pun boleh kena kacau hantu ke kat UKM? Lepas itu aku tak jadi takut. Aku gelak. Aha

Sunday, December 13, 2009

The Resistance

Muse. Nyanyi-nyanyi lompat-lompat main gitar. Petikan penuh asyik. Nyanyian penuh makna. Minat aku bukan setakat terkinja-kinja dengar lagu dia orang. Tapi lirik juga dikaji. Kajian ke Google-an. Ya. Penuh maksud tersirat. Album baru The Resistance penuh maksud. MK Ultra. Lagi menakutkan. Moga aku tak kena mind control. Muse bukan macam artis kita yang nyanyi lagu cintan-cintun leleh-leleh. Dia orang ada visi. Misi untuk perkenalkan apa dunia. Bukan hiburan semata. Tapi elak mind control.

MVMA. Kalau siapa-siapa tak tahu sila buat kajian ke-google-an. Aku terkedu. Ritual besar-besaran. Semua artis ambil masuk. Semua orang akur. Akur kehendak Setan. Dilakhnat ALLAH. Madonna, Rihanna, Lady GaGa, Kanye West, Pink, Jay Z, Jack Black dan Beyonce. Lagi satu baru masuk,Taylor Swift. Aku dah carut-carut. Lawa minah ini. Tapi asal bebal sangat. Bukan Babel. Paramore pun kena. Damn it.

Muhasabah. Semua artis ini aku dengar lagu dia-dia orang. Aku tengok video klip dia-dia orang. Kini insaf. Aku tak mahu kena mind control. Aku bukan kajian MK Ultra.

Tuesday, December 8, 2009

Tinggi Langit Rendah Bumi

Pepatah Melayu. Orang-orang kulit sawa matang dan bukan orang-orang hitam. Drama-drama dalam TV selalu mengisahkan percintaan dua darjat. Tidak mendapat restu keluarga. Maki-maki hamun. Kahwin sambil lari laju-laju takut kena tangkap dengan keluarga. Melayu versi Hindustan. Kisah aku bukan begitu. Kisah dua orang. Dua darjat. Tinggi rendah. Dua jiwa satu hati. Oh! Sungguh indah percintaan. Pakai baju ala-ala boria. Kalau lain. Pasti bergaduh tunbuk-tumbuk baling-baling pinggan. Jika anda mencari-cari erti percintaan, tegurlah gadis yang memakai baju sama dengan anda. Duduk menyapa mesra. Ketawa-ketawa kecil. Tapi awas. Pasti anda akan diburu. Dikejar menaiki motor Yamaha sambil memakai baju The Used yang Old School. Jangan takut. Ini nasihat aku bagi Fafa dan Yatun. Khai hanya tahu menyanyi sahaja. Ahahaha

P/S Bukti percintaan.

Friday, December 4, 2009

Tiga Cerita

Cerita Pertama

Kacak. Gaya maskulin. Manis. Hadir penuh ceria. Muhibbah dipegang. Semua bangsa dicantas. India, Melayu dan Cina. Perangai India, kulit melayu dan rambut cina. Lengkap dalam dirinya. Ahaha Itulah Aril. Ya. Aril seorang pelajar JKMB. Semua orang jalan-jalan lalu-lalang akan terpaku melihat ketampanan Aril. Aril penuh daya. Tarikan dan terikan. Terikan liar pelajar perempuan. Sana-sini menyeru Aril. Dulu Ofi kini Aril. Aril Kumar A/L Solayan. AKSP.

Cerita Kedua

Shitdi nama glamor. Sipu malu-malu bila orang kata dia sangat tegap. Hakikat Shitdi. Perut di jaga. Nafas di tahan. Dulu beg galas tapi kini ulas durian. Six pack tetap diperut. Mantap. Sentuh nasi, jarang amat. Hebat menjadi penyerang. Tunggu depan gol. Pegang tiang. Pose bak model. Ingat orang ambil gambar. Bola tiba, bukan dikejar. Jika badan musuh tiba, diburu tak ingat. Jadi santapan. Body contact bak orang putih-putih kata. Orang hitam-hitam kata foul. Jerit-jerit kecil sayu panggil nama ref. Mana ada ref gila!

Cerita Ketiga

Siapa mahu kulit putih gebu-gebu lembut merah-merah? Aku ada petua. Aku bukan bomoh. Bukan juga nenek kebayan. MLM, tidak sama sekali. Aku hanya orang bijak pandai kata-kata tapi tidak bijak praktik-praktikal. Tapi petau aku mujarab. Ya! Pasti mujarab. Sama seperti mujarab jus Lu Slim La Beb. Fafa kata. Mahu tahu? Minum soya tiap-tiap hari sampai perut kembang-kempis-kembang semula. Pasti anda jadi gebu-gebu merah-merah putih macam Stoya. Menarik bukan? Tidak. Bukan Stoya yang menarik. Tapi petua aku. Ahah