Showing posts with label Lakhanat. Show all posts
Showing posts with label Lakhanat. Show all posts

Sunday, December 13, 2009

The Resistance

Muse. Nyanyi-nyanyi lompat-lompat main gitar. Petikan penuh asyik. Nyanyian penuh makna. Minat aku bukan setakat terkinja-kinja dengar lagu dia orang. Tapi lirik juga dikaji. Kajian ke Google-an. Ya. Penuh maksud tersirat. Album baru The Resistance penuh maksud. MK Ultra. Lagi menakutkan. Moga aku tak kena mind control. Muse bukan macam artis kita yang nyanyi lagu cintan-cintun leleh-leleh. Dia orang ada visi. Misi untuk perkenalkan apa dunia. Bukan hiburan semata. Tapi elak mind control.

MVMA. Kalau siapa-siapa tak tahu sila buat kajian ke-google-an. Aku terkedu. Ritual besar-besaran. Semua artis ambil masuk. Semua orang akur. Akur kehendak Setan. Dilakhnat ALLAH. Madonna, Rihanna, Lady GaGa, Kanye West, Pink, Jay Z, Jack Black dan Beyonce. Lagi satu baru masuk,Taylor Swift. Aku dah carut-carut. Lawa minah ini. Tapi asal bebal sangat. Bukan Babel. Paramore pun kena. Damn it.

Muhasabah. Semua artis ini aku dengar lagu dia-dia orang. Aku tengok video klip dia-dia orang. Kini insaf. Aku tak mahu kena mind control. Aku bukan kajian MK Ultra.

Wednesday, November 25, 2009

Jalan Seorang Diri

Revolusi. Liverpool dah tukar dari negeri orang-putih-putih jadi orang-putih-cakap-latin. Pengaruh seorang lakhanat ini memang kuat. Ya. Aku sedang bercerita tentang seorang lakhanat. Nama mangkuk ini Rafa. Memang hebat. Penuh muslihat. Pandai main taktik dan politik.

Aku ada tips dari Rafa untuk jadi pasukan bola sepak tendang kamu sangat hebat. Tips ini penuh makna. Guna telinga setan kamu untuk paham lebih.

1. Hantar semua pemain pasukan kamu ke sekolah orang-orang pekak. Belajar bahasa isyarat. Guna jari-jemari. Jangan tunjuk jari tengah kamu dekat orang pekak itu sudah. Itu politik kotor. Rafa suka arah pemain guna tunjuk-tuding jari. Pasti orang teruja. Pemain dalam padang pun guna jari mintak bola sana-sini. Ini dapat mengelirukan pihak lawan dan kawan. Pasti boleh jaringkan gol dan gol sendiri.

2. Jadi manager kena tenang. Kalau pasukan jaringkan gol, memadai tengok jam. Jangan lompat riang lari pecut keliling padang.

3. Minum air sirap pekat-pekat banyak-banyak. Rafa suka air sirap. Pipi merah. Bukan solek. Semulajadi sebab air sirap. Pihak lawan pasti tertarik pada kamu yang pipi merah. Ini boleh buat pihak lawan high.

4. Masa tingkap pindah buka, beli pemain mahal-mahal tak agak-agak. Jangan ragu. Pemain harga 20 juta pasti bergunakan untuk wasting time masa perlawanan genting. Rafa menggunakan taktik ini malam tadi masa lawan Debrecen. Rafa suruh Aquilani masuk ke padang pada minit ke 91. Penuh muslihat. Berbaloi. Pihak lawan dan penyokong akan memaki hamun sampai muntah. Anda pasti berasa bangga. Ya! Sangat bangga kerana dapat mengenakan mereka. Mereka stres!

5. Suruh pemain pandai berpura-pura lompat katak masa masuk dalam kotak penalti. Taktik yang amat hebat. Aku praktikkan. Lexh pemain super -duper bintang yang aku latih telah berjaya dapat penalti sebab dia lompat bintang dalam kotak penalti. Sudah pasti lexh bukan Con-Man.

Rafa ada kuasa. Boleh tahu masa depan. Ajaib. Dia tahu dia akan dipecat kerana amat hebat. Rafa ada cita-cita. Takhluk dunia. Ingin jadi penulis. Nama tajuk judul ialah How to Beat MANCHESTER UNITED for Dummies. Buku ini telah ditempah oleh orang-orang besar.Arsene Wenger, Carlo Ancelotti, Harry Redknapp antara nama dummies yang tersenarai.

Ucapan penghargaan untuk Rafa. Kamu amat bangang. Pergi jalan sorang-sorang.

Monday, November 23, 2009

Kambing Hitam

Black sheep. Putih-putih kata. Hina sungguh gelaran itu. Tidak. Aku tidak bermaksud menghina sesiapa. Jika terasa, mungkin orang itu berkulit hitam. Bukan. Ofi jangan terasa. Kamu masih putih lagi. Ya. Masih lagi.

Kenapa tulis blog? Luah perasaan? Ofi memang bijak. Sungguh comel wajahnya. Tampan kiri-kanan. Blog tempat main. Mainan perasaan. Jiwa kacau. Geletek hati. Kenangan silam pasti rindu. Ofi kata " Aku buat blog untuk kawan-kawan. Aku sayang kawan. Kawan sayang aku". Aku bidas. "Kawan invite ke Ofi?". Ofi senyum. Nampak gigi putih. Seperti Evra. B*** no 2 dalam MU. Tapi kulit lain. Hutan mari. Ahaha

Ofi kata "Meh surat elektronik hang. Aku ajak nanti". Aku beri alamat surat elektronik aku. Tunggu. Memang seksa. Tiada jawapan. Tapi ada satu penyelesaian. Aku amat memahami Ofi. Dia memang sebegitu. Ya. Jika kita sebut nama S Subramaniam, Palanivel, Samy. Pasti anda faham. Ofi juga seperti itu. Main politik. Bijak berkata. Haram tidak ada apa-apa. Heh

Balik kepada kambing hitam. Muka ubah putih. Terus kena pulau. Kejam. Tapi apakan daya. Daya pemikiran kambing. Mahu faham lebih? Lihat video di bawah. Penuh maksud. Surat dan sirat.