Sunday, November 22, 2009

Akur Janji

Maruah. Mahu dijaga, pasti susah. Apatah lagi apabila tercalar kerna perbuatan diri sendiri. Malu tapi mahu.

Akur janji seorang rakan aku, DK, bermula dari kejatuhan maruah di hadapan rakan-rakan lain. Aku bertandang ke bilik untuk menjaga maruahku. Maruah jantan dan keberanian. Di hadapan komputer rakanku , kami berentap sebagai seorang profesional. Menggunakan alat-alat yang professional. Kami ada semangat. Semangat untuk menjaga maruah. Tapi semangat juang aku lebih tinggi kerna aku menang. Tapi rakan aku tidak mengala begitu saja. Rakan aku no.2 jadi mangsa, Repo.

DK dan Repo. Repo dan DK. Masing-masing mengerah tenaga untuk menang. Repo hanya menghantar pasukan lemah dari negara jiran kita, Thailand. Dk mengerah pasukan Brazil bagi menebus maruah macam Torres K4 jatuh. DK mengeluarkan akur janjinya "Aku bersara main PES lagi kalau Thailand berjaya jaringkan gol".

Berentap. Jaring beralun. Aku kaget. Akur janji tetap akur janji. DK menjaga maruahnya dengan menjadi seorang lelaki gentle. Dk berhenti. Mengaku kalah.

2 hari selepas itu. Dk berkata "Jom main Pes".

1 comment:

Rahsia Kurus Pikat Lelaki said...

hahaha..bangga siot..thailand ley score lwn brazil..
jaja..ko xnak try lwn ak lak???