Showing posts with label PES. Show all posts
Showing posts with label PES. Show all posts

Sunday, November 22, 2009

Akur Janji Part 2

Hot. Fafa memang hot. Dalam kelas seramik beliau lah paling hot. Diakui seluruh dunia. Ada kuasa ajaib. Boleh tukar Skyline jadi Iswara. Ahah Pelik bukan. Tapi itulah realiti Fafa.

Macam biasa masa kelas. Sambil tersengih-sengih garu-garu kepala. Fafa tanya aku "Petang ni free tak? Jd professional jom. Kita main Pes". Aku jawab dengan slumber sebab aku tahu masa depan. "Free.Datanglah".

Habis kelas aku bawa moto aku laju-laju tengok-tengok kiri-kanan-kiri. Takut kena potong dengan Skyline Putih. Tapi Fafa lagi laju. Mangkuk ini sampai dulu sambil sengih-sengih. Aku pun sengih-sengih jugak. Sebelum main, cakap bende sama. " Kenapa PES ni best?". 15 minit, itu mesti. Alasan Fafa. "Takut kau tak dapat kejar aku". Aku sengih lagi. Wisel bunyi. Telefon bimbit juga bunyi. Aku tertekan. Main. Mulut pun main peranan. Keluhan biasa. " Senang je kau rampas bola aku". Aku sengih kali ke 3. Alasan biasa. "Kau power, guna Torres. Cheat". Aku balas. " Ronney tu B*** sebab kulit dia sama". Fafa sengih.

Perlawanan masuk kali ke 3. Fafa garu-garu kepala. Tertekan. Dia buat akur janji. "Lepas ni aku tak nak main PES lagi". Berkeras lagi. "Aku serius".

Masuk hari ke 3 Fafa tak main PES. Masa kelas, Fafa jumpa aku. Sengih-sengih garu-garu malu-malu. Tapi kehendak hati mesti ditunaikan."Main PES jom". Aku gelak kuat. Ahahaha

ps. Kat bawah ini kereta Fafa. Buat tatapan.




Akur Janji

Maruah. Mahu dijaga, pasti susah. Apatah lagi apabila tercalar kerna perbuatan diri sendiri. Malu tapi mahu.

Akur janji seorang rakan aku, DK, bermula dari kejatuhan maruah di hadapan rakan-rakan lain. Aku bertandang ke bilik untuk menjaga maruahku. Maruah jantan dan keberanian. Di hadapan komputer rakanku , kami berentap sebagai seorang profesional. Menggunakan alat-alat yang professional. Kami ada semangat. Semangat untuk menjaga maruah. Tapi semangat juang aku lebih tinggi kerna aku menang. Tapi rakan aku tidak mengala begitu saja. Rakan aku no.2 jadi mangsa, Repo.

DK dan Repo. Repo dan DK. Masing-masing mengerah tenaga untuk menang. Repo hanya menghantar pasukan lemah dari negara jiran kita, Thailand. Dk mengerah pasukan Brazil bagi menebus maruah macam Torres K4 jatuh. DK mengeluarkan akur janjinya "Aku bersara main PES lagi kalau Thailand berjaya jaringkan gol".

Berentap. Jaring beralun. Aku kaget. Akur janji tetap akur janji. DK menjaga maruahnya dengan menjadi seorang lelaki gentle. Dk berhenti. Mengaku kalah.

2 hari selepas itu. Dk berkata "Jom main Pes".

Wednesday, November 18, 2009

Bliss

Bahagia. Nape main Pro Evolution Soccer boleh buat orang bahagia? Sebab orang professional saja yang mengerti.

Untuk DK, kamu memang hebat. Tapi kamu tetap boleh dikalahkan. (9-3)